Kehidupan umpama si Matahari
akupenah ter'tengok satu cerita hindi (huhuhu dah lama tak layan cite2 jiwang)..tajukny "Babul yg bermaksud bapa mertua, selain ceritanya yg best kerana pelakon2 nya yg best(amitabachan sebagai bapa mertua) dan Rani Mukherjee (sebagai menantu yg kematian suami)..aku lebih tertarik dengan falsafah yg diucapkan oleh Amitabachan kepada Rani Mukherjee..
Rani Mukerjee:lihatlah matahari yg terbenam..itulah kehidupan aku yang telah berakhir, cahaya yang kian pudar tidak lagi berseri...
Amitabachan : anakku, setiap hari matahahari akan terbenam, menghilangkan cahayanya..tetapi keesokan harinya ia akan kembali cerah mengeluarkan cahaya yang amat membahagiakan..itulah kehidupan....akan ada waktu yg sukar dan pasti akan datang juga bersilih kebahagiaan..
...ketika aku mendengar kata2 tu aku rasa tersentuh sangat..rasa bersemangat dan terinspirasi..terus aku berfikir..
bukankah Allah bersumpah dengan matahari? bukankah kejadian siang dan malam juga merupakan sumpah Allah terhadap alam ini?
begitulah juga dengan kehidupan...ketika datang kepedihan..ketika hadir kekecewaan..pasti akan datang harapan beserta kebahagiaan
semoga aku tabah menghadapai matahari yang kian kelam...kerana ku yakin akan terbit matahari yang gemilang ke esokan harinya. Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment