hari ni merupakan hari peristiwa yg pasti akan ku kenang selamanya...
sebab..hari ni merupakan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang dan Sukan Ksp..
mestilah aku happy..sebab aku diantara yg cemerlang..utk semester lepas..
bukan hendak membangga diri..namun kurasa..ianya satu penganugerahan terhadap segala
apa yang telah kuusahakan selama ini...aku bersyukur kepada Mu Ya Allah...
sesungguhnya Engkau telah memakbulkan doaku....amin..alhamdulillah...
sesungguhnya aku tidak mahu pointer ku berada di bawah 3.5...
jika bisa..aku ingin sentiasa berada di atas 3.5...
kerana aku ingin menjadi yg terbaik dr yg terbaik...
ku ingin menjadi seorg yg berjaya..kerana itulah harapan ibu dan ayahku..
sesungguhnya aku tidak tegar melihat harapan mereka musnah..
aku tidak sanggup walau sedikit pon melihat air mata mereka..mengalir kebasahan...
cukup la sekali...masih lagi bersisa kesedihan dalam hati ini akibat dr peristiwa yg lalu..
cukup la ia menjadi pengajaran utkku..
apa yg penting kini..aku harus menjaga prestasiku..
ku harus meningkatkan kecintaanku terhadap ilmu..
ku harus menghargai ilmu itu...
Ya Allah...
sesungguhnya aku hambaMu..yg lemah..
memohon kepadamu agar..diberikan ketenangan dan kesabaran kpdku
dlm mencari dan menuntut ilmu..
aku mohon pdMu tuhanku..bukakan lah pintu hatiku
terangilah hati ku..permudahkanlah diriku utk menerima segala ilmu,pelajaran dan nasihat..
Ya Allah..berikanlah..keputusan yg cemerlang kepadaku ..sesungguhnya itulah harapan ibu bapaku dan juga diriku Ya Allah...sesungguhnya aku tidak mahu mengecewakan mereka..
kerana akulah harapan mereka...
di dalam aku mencari ilmu dunia ya Allah..jgnlah Kau lupakan aku akan ilmu akhirat..
ya Allah aku mohon terhadapMU.. berilah petunjuk terhadapku..sedar kan diri ini sekiranya ku terlalai.....sesungguhnya aku hambaMu yang hina, dan aku amat mencintaiMu....
amin..ya rabbal a'lamin...
No comments:
Post a Comment