Tuesday, March 23, 2010

Adik tahu ibu menyesal...

Adik hairan mcm mana adik boleh ada kat sini.tempat ini ganjil sekali,tapi seronok. Semuanya lembut bagaikan tidur dalam buaian. Tapi kenapa adik sorang je kat sini? Adik x ada kawan2.tadi adi nmpk 3 org budak. Mereka selalu berada didepan adik,tp x pernah pergi dekat adik. Kenapa?
Adik panggil kuat, adik tendang buaian tp mereka masih x dengar. Abang,kakak, adik nk main. Datanglah ke sini! Dengar tak !.
Adik di sini x perlu buka mulut bila nk makan. perut adik kekadang kenyang, kekadang lapar. Ada masanya tekak adik rasa pahit, manis dan macam2 rasa. Paling adik tak tahan kadang2 mata adik pedih sangat. Hidung adik sesak. Adik x tahanlah.

Kini baru adik tahu budak 3 org td ialah bang long, bang ngah dan kak lang. Mereka bermain bersama, belajar bersama dan makan bersama. Adik nampak seorang lelaki dewasa melayan mereka. Adik tak tahu siapa dia. Adik nmpak sepasang tangan yang besar membelai dan menggosok mereka bertiga. Tapi kenapa adik tidak dibelai seperti mereka? Hari2 adik tunggu bila tangan itu akan membelai adik. Hairannya, bila tangan itu membelai adik, tiba2 sahaja adik terbau seperti minyak angin menerjah ke hidung dan mata adik. Adik gosok2 mata sebab x tahan pedih.

Suatu hari adik terdengar suara itu bercakap dengan seorang lelaki, dia tidak sihat, perut berangin dan muntah2. Dah sebulan badan x sihat. Lelaki itu cakap jumpalah doktor. Tapi suara itu kata tak payah. Walaupon lelaki itu berkali-kali menyuruhnya namun suara itu tetap enggan.

Sejak itu adik rasa badan adik teruk sekali bagaikan dipicit2 dan dipulas2. Badan adik yang halus tertonggeng ke atas sekejap tertonggeng ke bawah. Adik menjerit tetapi tiada siapa yang dengar. Tiba2 adik ternampak seorang wanita berkata sesuatu.

" kau ni mengandung agaknya. Tengoklah perut tu..besar sedikit drpd biasa." Tapi suara itu kata mana ada mengandung. Haidnya masih datang seperti biasa. " pegi lah jumpa doktor, ada juga wanita mengandung datang haid." Saranan wanita itu dibalas dengan ketawa oleh suara itu.

Kini bru adik tahu.selama ini adik berada di dlm rahim ibu. Ibu mengandungkan adik,tapi mengapa ibu x peduli ngan adik. Ibu enggan berjumpa dgn doktor. Ibu..ibu x dengarkah denyutan jantung adik ni setiap detik. Hari2 adik berdoa agar ibu sihat sentiasa. Tapi ibu menafikan bersungguh2 adik x wujud dlm rahim ibu. Sampai hati ibu !.

Ibu..ibu takut ke ibu jadi miskin bila adik keluar nanti. Ibu kan ada kerja bagus.Gaji besar.Dah tentu ibu mampu jaga adik. Ibu adik janji bila adik keluar nanti,adik takkan susahkan ibu. Adik x kan jaga malam mintak susu ibu. Adik akn pastikan ibu cukup rehat dan tidur,bila kerja nanti ibu sentiasa cergas. Ibu kan org penting dlm syarikat, jatuh bgn syrikat bgantung kepada ibu.

Cuma satu adik minta, ibu terimalah kehadiran adik. Jgnlah ibu nafikan kehadiran adik. Adik makin besar,tak lama lg nk keluar. Tapi ibu tetap kerja kuat tanpa mpedulikan kesihatan ibu. Kerna kerja ibu abaikan makan minum ibu. Ibu adik lapar..adik perlukan mknn berkhasiat dr ibu.

Ibu adik tunggu lagi bila agaknya ibu nk ckp ngan kwn2 ibu.ibu menggandungkan adik. Kalau ibu ckp adik ada dlm rahim ibu..adiklah baby paling gembira sekali.

Hari itu adik amat tperanjat. Ibu buat keputusan nk pergi berubat kampung. Ibu sanggup bersusah payah menempuh pjalanan yg sukardemi menafikan kehadiran adik.Ibu makan plbagai ubt kononnya ubat penawar. Ibu adik x tahan bu. Apa yg ibu makan adik makan sekali. Pahit bu..

Adik tgk ibu x sihat juga. ibu kerap cuti. Masih loya2 dan muntah. Tp ibu kata pd kwn ,yg ibu dah sihat. Sampai bila ibu nk menafikan adik dlm perut ibu. Perut ibu makin besar..kawan2 ibu semua kata yg ibu mengandung..tp ibu tetap tegas dgn pendirianmu.

Adik sedih sgt bu. Tak pa bu..adik tetap doakan agar suatu hari nanti, ibu tahu adik ada dlm rahim ibu.Tapi ibu pula makin tertekan bila tgk perut ibu membesar. ibu suka cantik! Ibu tak mahu gemuk dan buncit! wanita bkerjaya mesti cantik dan bgaya.

Suatu hari ibu bertungku pula. Bertungku boleh mengempiskan perut,boleh buang lemak dan angin.Setiap mlm ibu panaskan batu dan tonyoh pada perut ibu. Kali ni adik benar2 x tahan ibu..adik panas..panasssss..bu. Kenapa ibu buat adik begini. Ampun bu!!! adik x minta pon kehadiran adik. Ini takdir bu..kenapa ibu xnk terima takdir. Cukup lah bu..jgn siksa adik lagi...

Pagi itu tiba2 perut ibu memulas sakitnya luarbiasa seperti nk membuang air besar. Ibu ke tandas. Ibu terkejut melihat darah keluar byk sangat. Ibu cemas dan minta pertolongan dr rakan ibu utk ke hospital.

Akhirnya keluarlah adik. Sudah terlalu lama penantian adik bu..adik dapat melihat dunia bu! Cantik macam2 warna bu. Adik tgk ramai org di sini. Tapi kehadiran adik penuh dgn tanda tanya. Semua hairan bila masa ibu mengandung? Ayah pon x tahu. Kehadiran adik menggemparkan semua org. Doktor kata adik x cukup bulan lalu adik dimasukkan ke dalam inkubator. Tgn adik dicucuk dgn jarum besar bu...sakitnya...hanya tuhan yang tahu. Doktor kata paru2 adik penuh ngan air. mereka bertungkus lumus nk selamatkan adik.

Adik tgk ramai kwn2 adik dlm inkubator..semuanya comel.cantik..budak perempuan mestilah cantik kan bu. Tapi kenapa adik x cantik. org kata leher adik besar, atas kpla adik kemerah-merahan.org kata rupa adik pelik.

Doktor kata harapan adik utk meneruskan hidup amat tipis. Adik sedih sgt. Impian adik nk bermain ngan bang long, angah dan kaka lang x tercapai. Tpi yg paling adik dambakan adlh kucupan dan belaian dr ibu. Akhirnya doktor mengesahkan jantung adik bhenti berdenyut. Selamat tinggal dunia. Adik hanya dapat menghirup udara 5 jam sahaja. Klu adik hidup pon mungkin x sempurna. Adik akn menyusahkan ibu. Ibu maafkn adik kerana telah menyusahkan ibu.

Ibu adik sangka ibu kan sedih bila adik dah x da di dunia. tapi ibu gembira. Ibu ketawa pabila menceritakan detik kelahiran adik yg x diundang! Ibu kini baru adik tahu kenapa ibu nafikan kehadiran adik sebab nahu bekerjaya. Ibu telah berjaya membawa keuntungan kpd syarikat dan diberi penghargaan oleh syarikat dan diberi bercuti ke luar negara dan segala perbelanjaan ditanggung oleh syarikat!..Klu ada adik ibu x dapat tumpu pd kerja.

Kehadiran adik sekali gus menggangu percutian ibu yg dijangka bertolak kesana seminggu slps kelahiran adik.Perancangan ibu berubah, akhirnya ibu bercuti selama 60 hari di rumah saja
.
Ibu adik tahu ibu menyesal, Cuma ibu tidak melafakan kekesalan ibu kpd sesiapa. Tp adik tetap dgr bu. Ibu biarpon kita berada di alam yg berbeza, adik tidak putus mendoakan kesejahteraan ibu. Ya Allah ! Ampunkan dosa2 ibuku. Ibu adik tetap setia menanti dan menunggu sentuhan ibu dan kucupan ibu di syurga nanti !.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...