Tuesday, September 13, 2011

Izinkan hati bertanya....

Izinkan hati bertanya
untuk siapa ia muncul tiba-tiba
mungkinkah atas redhaNYA
atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana Allah
maka biarkanlah ia mengalir
mengikut aliran Allah..

Tapi jika kelemahan ...masih tidak mampu
maka bersabarlah..berdoalah...berpuasalah
cukup cintai dirinya dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya..
bukan kerana hindari dunia
tetapi menguatkan jiwa dari godaan...

Cukup cintai dirinya dari kejauhan
kerana hadirku tiadakan mmpu menjauhknnya dari ujian
kerana hadirku..
hanya menggoyahkan iman dan ketenangan..
cukuplah cintai dirinya dgn kesederhanaan..

memupuknya hanya akan menambah penderitaan
tumbuhkan harapan hanya akn memberi kebahagiaan para syaitan
maka cintailah dirinya dengan keikhlasan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...