Monday, September 26, 2011

masih di situ

Aku kembali menatap diari yang sudah lama tidak terusik. Terlalu banyak kisah yang telah aku coretkan di dalamnya. Pelbagai cerita yang telah ku titipkan di atas helaian-helaian kertas itu. Ibarat warna-warna yang yang terlakar di atas kanvas. Diari ini ibarat hati kedua ku. Segala yang terpamer dalam lukisan hati..kan ku segera mencapai pena untuk melempias rasa di sanubari.


          Kali ini, hati teringin untuk kembali menulis di dalam diari itu. Jiwaku meronta untuk meletakkan rasa ini di dalamnya.Sudah sekian lama aku ingin meluahkan rasa. Namun jariku kaku..tanganku membeku,tidak berganjak dari tempatnya. Kini ,aku punya keyakinan untuk menulisnya dan berkongsi dengan diari kesayanganku ini. Akal mula mencari arah tujuan di mana ceritera harusku mulakan,jari mula memainkan peranannya...tangkas membentuk abjad yang tersusun menjadi ayat.


            Mataku melihat gambaran yg telah terjadi...sekali lagi aku terkedu membeku...aku masih tidak punya kekuatan utk menulisnya......kembali terpadam susunan abjad yg terbentuk...seperti aku tiada kata2 yang ingin dikatakan sedangkan terlalu banyak yg ingin ku kisahkan...


maaf...diari..aku belum bersedia untuk berkongsi rasa dengamu,,,,jariku tetap membeku...sedingin kalbu...
untuk perhatian hati....ingat lah....






ALLAH itu Maha Hebat. Dia mampu menarik balik nikmat-2 yg dikurniakan dalam sekedip mata. Jika kamu seorang cerdik pandai, ingatlah bahwa ALLAH Maha Bijaksana dan jika kamu seorang yg baik akhlak, ingatlah bahawa ALLAH punya nama2 dan sifat2 yg indah & baik berbanding kamu. Jadi, asuhlah diri, didiklah hati,Merendah diri itu x bererti engkau rebah. Menundukkan hatimu bukan bererti engkau tersungkur. Walaupun pd pandangan manusia, mungkin dipandang biasa atau sebelah mata saja, ingatlah bhwa pd pandangan ALLAH engkau tetap tinggi & mulia. Lihat mutiara di lautan, walaupun berada nun jauh di dasar lautan biru, tetapi tetap berharga…Subhanallah…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...