Tuesday, March 27, 2012

            Aku yang suka menyendiri. Di sudut kamar tepinya jendela. Malam ini sekali lagi aku bersendirian. Bertemankan lampu kalimantang yang kadang kalanya menyilaukan mata. Ku hamparkan pandanganku ke luar jendela. Malam yang kelam diterangi cahaya bulan nan indah. Merenungi indahnya alam sambil sesekali angin bayu menampar lembut wajahku. Subhanaallah..indah dan sempurna sekali ciptaanMU. Aku suka merenungi bulan dan bintang. Kenapa??? aku sendiri tak tahu. Namun satu hal yang aku tahu..ku akan tersenyum melihatkannya. Walau segundah gelana pun hatiku tika itu, namun pabila melihatkan bulan dan bintang..ku kan tersenyum sendiri..kedamaian terasa. Hurm..

         Seperti saat dan ketika ini..dengan sekelip mata mood dan emosiku berubah. Secara tiba-tiba hati ada bagai yang tidak kena. Suatu perasaan yang tidak enak menyinggahi sukma hati. Tidak ku tahu puncanya. Tidak ku tahu penyebabnya. Lelah sejuta nafas aku cuba untuk meleraikannya. Hatiku seakan terkelabuhi dengan pelbagai rasa yang bermukim di hati. Resah, gelisah, sayu,...rasanya air mata bakal mengalir keluar dari tubir mata ini. Ion-ion negatif mula menular dalam diri. Ya Allah sungguh aku tidak mengerti saat ini. Mengapa hatiku begitu sayu? Puas ku cuba mencari sebabnya, bagai ada sesuatu,  namun minda bagaikan tidak berfungsi di ketika ini. 

Duhai hati yang menggamit rasa..usah terlalu memikirkan apa yang dirasa saat ini..
lihatlah bintang-bintang yang menari di balik cahaya rembulan yang menerangi alam
lihatlah betapa hebatnya ciptaan Tuhan...semoga ia boleh mengubati hatimu yang gerhana..

Duhai diri ku sendiri..jangan kau bersedih duka..
lelapkanlah matamu..rehatkan hatimu tenangkan jiwamu
kerana pagi hadir selepas malam melambai pergi
syukurilah hadirnya pagi ..nikmatilah hangatnya sang mentari
mulakan pagimu dengan kalimahNYA..
semoga jiwa dan perasaanmu sentiasa tenang bersama rahmat Tuhan yang Esa
seindah pagi sedamai bayu yang menyapa.. semoga hadir pagi memberi seribu makna..

p/s: setulus harapan ku terus meminta sebuah harap kepadaMU, secebis kasih dan sayang dariMU..seindah pagi bersama doa memanjatkan kesyukuran kepadaMU..  (mood: sedu sedan menemani lena malamku)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...