Tuesday, April 5, 2011

mengapai cinta meski x sesempurna cintaMU



 Ya Allah...
diri ini terlalu jauh dari MU
tiada lagi kilauan cahaya yg menerangi ranjau hidupku
hanya kesuraman dan kelam yang menemani

Ya Allah....
maafkan diri ini
kerana ku tak bisa mencintaimu sepenuh jiwaku
maaf kerana cintaku tidak sesempurna cintaMU...

Ya Ilahi..
diri ini cuba untuk mencintaiMu
sepenuh jiwa ragaku..
namun...
saat ini 
tika ini..
tidak terasa hati ini akan Cinta itu...
mengapa sukar untuk cintaMU itu memekar di dalam jiwa ini
mengapa begitu suram hati ini...
sedangkn ku benar2 inginkan cahaya cintaMU


Duhai cinta dariNYA
janganlah kau hanya sekadar menyinggah
janganlah kau sekadar hanya menyapa sanubari hati ini
intailah disebalik tirai kamar hatiku...
sungguh aku menantimu...
intailah disebalik kesuraman kamar jiwaku

terangilah ia dengan nur kasihMu...
janganlah kau pergi dari kamarku
kelak ku akan meraba dalam kegelapan
kembali buta mencari arahnya cahaya.....

Duhai cinta dariNYA..
yang ku gelarnya IMAN..
tetapkanlah rasa cintaku kepadaNYA..
biarlah rasa itu tanpa berbelah bagi                          
hanya untukNYA yg Utama lagi Esa

Duhai yang ku gelarnya IMAN
moga kau kan mengiringi diri ini
disepanjang jalanan hakikatnya diri
seorang pengembara di bumi yang fana
moga kau kan menjadi perisai pertahanan
 diri ini dari godaan indahnya dunia sarat kehitaman

moga cintaku padaNYA
sentiasa memekar dan mewangi dlm hati
moga NAMANYA sentiasa tersemat disanubari
moga bibirku x lekang dari memuji keagunganNYA
moga CINTANYA akan sentiasa menerangi diri ini
moga CINTANYA dan IMAN yg hadir
mengiringiku sehingga akhir waktuku....

Ya Allah....
hambaMU ini 
akan cuba untuk mencintaiMU
akan sentiasa mencari CINTAMU
tanpa henti berusaha menagih KASIHMU
kan trus bjuang mencari KEREDHAANMU...
akan ku mencuba dan mencuba
selagi nyawa dikandung badan
selagi bisa bernafas
dalam menggapai CINTAMU
walau ku sedar CINTAKU tidak SESEMPURNA CINTAMU....


p/s: dlm keserabutan fikiran ku perlu menenangkan diri ini....lantas ku kisahkan nukilan diatas..namun sepertinya agak keserabutan gaya penulisannya..hurrmmmmmmmmmm 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...