Betapa jauh fikiran ku melayang,
melayari ruang angkasa yang terbentang luas…
Menembusi dan cuba menyelongkar
perjalanan kisah cintaku untuk Dia…
ntah apa penghujungnya…
Aku umpama sang ombak
Yang setap masa memukul si pantai…
Tanpa langsung memikirkan kehadiran rasa cinta di hati
Hari demi hari
Aku lalui seperti angin lalu
Tanpa ada kehadiran rasa cinta di sanubari.
Namun…
Tanpa aku sedari
Kehiduanku telah mula berubah…
Aku sentiasa singgah ke majlis yang kurang dikumjung
Oleh orang-orang sepertiku
Membaca banhan bacaan yang sedikit benar
Orang ingin menyelaknya apalagi membacanya
Malah malamku sering tidak selesa
Tanpa melaksanakan kerja ke terlebih dahulu
Aku mula mengurangkan bicara dan tawa
Takut tersilap kata dan tingkah
Semuanya adalah kerana Dia
Kerana cinta untuk Dia
Dan kerana cinta dari Dia…
Hari demi hari…
Kurasakan perihnya hatiku
Kerana sudah tidak tertahan lagi
rasa cinta di dada
Semakin ku cuba dekati Dia
Ku rasa Dia semakin mendekatiku
Tapi semakin ku rasa Dia mendekatiku
Aku mula rasa semakin takut
Aku memang mengharap cinta dari Dia
Tapi aku sangat malu pada Dia
Aku malu berhadapan dengan Dia
Kerana aku sedar cintaku
tidak sehebat cinta dari Dia
Betapa banyak yang telah Dia berikan dan hadiahkan kepadaku
Kehadiran Dia di sisi ku sejak lama dahulu langsung tidak aku sedari
Ada ketikanya
Dia melahirkan rasa gembira di wajahku
Ada kalanya
Dia membuatku rasa sedih
Dan ada masanya
Dia mewujudkan rasa sakit hati padaku…
Walaupun begitu…
Aku lemah tanpa Dia di sisiku
Aku mula takut kehilangan cinta dari Dia
Rasa sayang dari Dia
Rindu dari Dia
Kerana ku tahu cinta, sayang dan rindu dari Dia
Tidak ada siapa dapat tandingi…
Dia sangat hebat
Sangat baik
Sebab itu …
Bila berhadapan dengan Dia aku sedih
Sangat sedih
Hingga mataku mengeluarkan butir-butir jernih
Menggeletar kepala lututku
Lemah urat-urat sarafku
tiap kali berhadapan dengan Dia
Butir-butir jernih semakin deras mengalir
Mengingatkan kesempurnaan yang ada pada Dia
Malah yang membuatku lebih sedih lagi
Sebab Dia sangat penyayang dan pengasih
Masih ingin menemanku
Masih sudi mendengar rintihan hatiku…
Namun…
aku sedar…
Walaupun aku menginginkan cinta dari Dia
Walaupun aku hamparkan cintaku untuk Dia
Siapalah aku pada pandangan Dia?
Layakkah aku…
insan yang banyak berdosa terhadap Dia
Menagih cinta dari Dia…
Yang pasti Rasa cinta kuHanya untuk Dia…
Pada-Mu Ya KHALIQ.
No comments:
Post a Comment