Monday, May 10, 2010

cukuplah apa yg berlaku...izinkan aku bernafas sedalam mungkin..

Ya Allah..
jika dulu aku lalai..
terima kasih kerana menyedarkan aku..
jika dulu aku alpa..
terima kasih kerana bangkitkan aku..
jika dulu aku leka..
terima kasih kerana kejutkanku..
jika dulu aku sering merungut..
terima kasih kerana sudi mendengar..

maafkan aku kerana sering menyalahkan takdir..
sering lupa hikmah setiap yg berlaku..
maafkan aku kerana sering mengeji setiap yg terjadi..
hati ini begitu kotor dan keji..

cuma satu kupohon..
cukuplah apa yg terjadi..
izinkan aku bernafas penuh kepuasan..
izinkan aku menikmati kebahagiaan ini..
semoga sillaturahim antara kami berkekalan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...