Tuesday, August 4, 2015

Aku bermonolog di kala sunyi...huhuhu hurm...

Saat jari ini menekan papan kekunci ,aku dirundung pelbagai perasaan yang kian bermukim di hati.Aksara demi aksara ditaip lalu membentuk  perkataan demi perkataan seterusnya melahirkan bait-bait kata yang ingin ku kisahkan menjadi pameran tatapan.


Harus dari mana aku mulakan. Hurm..Ya Allah ku sedar ,aku sedang meniti detik kedewasaanku, umurku kian meninggi dan waktuku makin menghampiri. Ya Tuhan, aku sedar bekalanku hanya secebis . Ladang yang ku tuai hasilnya sedikit cuma. Tiada dapat ku gambarkan betapa sedih dan pilunya melihatkan kerosakkan yang sering melanda ladang tuaianku. Aku cuba sedaya upayaku membasmi segala penyakit yang memungkinkan  hasil tuaianku rosak. Namun semakin aku berjaga-jaga semakin berat kurasakan tugasku dalam menjaganya. Terkadang dengan hanya sedikit kecuaian, hasil tuaian ku musnah semuanya. 


Ku menatap di ruangan jendela, bersendirian ..mataku melihat bintang-bintang yang bergemerlapan di ruangan angkasa..Subhanallah ...indah sungguh ciptaanMU.  Rasa sayu terbit di hati mengenangkan hakikatnya diri.
Aku yang sedang menzalimi diriku, bahkan aku sendiri masih tidak dapat mengenali diriku yang sebenarnya.
Aku sedar manusia itu sebaik-baik kejadian yang telah Allah ciptakan. Seperti yang telah tertulis di dalam Al-Quran :



Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4;

yang bermaksud "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

Ibnu Khatir telah menjelaskan ayat ini dengan berkata" Allah SWT telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk kejadian, ketinggian dan keindahannya.



 Namun mengapa aku dan mereka masih berada di takuk yang lama. Menunggu masa yang lama untuk tetap berjalan di jalanNYA. Masih membiarkan diri terkapai-kapai kelemasan dengan hidangan duniawi yang penuh kebisaan. Masih lalai dan leka dalam perjalanan. Rencah kehidupan yang pelbagai rasa mengasyikkan lagi diri yang kian alpa dan hanyut di bawa arus duniawi.  


Ya Allah...berikanlah kepada kami taufiq dan hidayahMU. Hiasilah kami dengan nur kasihMU. Siramilah hati kami dengan kasih dan sayangMU dan bajailah hati kami sehingga terbentuknya bunga-bunga cinta padaMU.
Memang benar hidayah itu milikNYA..namun kita juga perlu mencari hidayah tersebut. Kita perlu berusaha sentiasa untuk menggapai keredhaanNYA. Dalam kaki melangkah terkadang kita kan tersungkur dari landasan yang sebenar. Terkadang kita terpaksa tempuhi dugaan ranjau yang penuh dengan onak dan duri. Terkadang terduduk meratap nasib diri ..... hiba.!


Namun kita terlupa , Allah itu maha penyayang..dugaan yang diberikanNYA kepada kita adalah untuk menguji keimanan kita kepadaNYA. Kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan hanya untuk menguji kesabaran dan kekuatan bahkan menjadikan kita lebih kuat dalam mengharungi kehidupan serta dewasa dan matang dalam menyelesaikan masalah.Terduduk kita meratapi keadaan diri, sebaiknya kita kembali ke pangkuan pemilik nyawa kita. Terkadang kita terlalu jauh dariNYA...Allah menarik kembali diri hambaNYA dengan dugaan yang diberikan. Kerana memang adat manusia , bila ditimpa musibah barumemohon pertolongan serta mengingati kepada tuhan mereka. Saat itu barulah mereka sedar akan kewujudan Yang Maha Esa. 


Allah itu maha pengasih. maha penyayang kerana DIA tidak akan menguji hamba-hambaNYA lebih dari apa yang hambaNYA mampu. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! 


p/s: pengisian seperti ada yang kosong...perlu ditambah...mungkin ada yang tidak kena di sana sini...maaf kalau ada kekurangan di dalam penulisan. Terlalu lama meninggalkan "dunia penulisan" sedangkan ku "masih hijau di dalamnya" dan membuatkan ku lupa tentang bagaimana untuk menulis.

Sunday, April 12, 2015

         


   Aku kembali menatap diari yang sudah lama tidak terusik. Terlalu banyak kisah yang telah aku coretkan di dalamnya. Pelbagai cerita yang telah ku titipkan di atas helaian-helaian kertas itu. Ibarat warna-warna yang yang terlakar di atas kanvas. Diari ini ibarat hati kedua ku. Segala yang terpamer dalam lukisan hati..kan ku segera mencapai pena untuk melempias rasa di sanubari.

              Kali ini, hati teringin untuk kembali menulis di dalam diari ini. Jiwaku meronta untuk meletakkan rasa ini di dalamnya.Sudah sekian lama aku ingin meluahkan rasa. Namun jariku kaku..tanganku membeku,tidak berganjak dari tempatnya. Kini ,aku punya keyakinan untuk menulisnya dan berkongsi dengan diari kesayanganku ini. Akal mula mencari arah tujuan di mana ceritera harusku mulakan,jari mula memainkan peranan...tangkas membentuk abjad yang tersusun menjadi ayat.


   " Harus bagaimana ingin ku katakan. Aku tidak pernah menjangka akan bertemu dengan insan sepertimu. Kau hulurkan salam ukhuwahmu dan aku menyambut salam itu dengan hati yang terbuka. Hati menjadi gembira kerana kenalan ku bertambah dan mungkin dari kenalan baru ini, kami boleh bertukar pendapat bagi menambah ilmu. Kenalan baruku ini seorang mempunyai ilmu dalam bidang agama. Alhamdulillah ,aku bersyukur padaMU Ya Allah kerana memberikan kepadaku seorang sahabat yang boleh menegurku jika ku melakukan kesalahan, seorang sahabat yang boleh menasihatiku yang tak jemu membimbingku ke jalanMU.

       Aku tidak pernah lekang mengucapkan kata syukur padaNYA..kerana memberikan teman-teman dan rakan-rakan yang baik-baik kepadaku, yang sentiasa memahamiku,tingkah laku ku,perasaanku,teman yang punya rasa tanggungjawab untuk menegur kesalahanku,dan juga teman yang sentiasa mendorongku ke jalanMU Ya Allah.

      Detik demi detik, masa kian berlalu..ku perasan dengan rasa yang hadir dalam diri. Sejak pertama kali dia menyapa, hatiku tidak seperti selalu. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Jujur aku katakan..sepertinya aku punya hati terhadap si dia. Namun aku sedar..aku hanya seorang perempuan yang masih punya rasa malu. Aku sedar akan diriku. Cukup hanya bagiku mencintaimu dalam diam. Tik tok tik tok....masa berjalan dengan pantasnya.


Bisikankan hati kecilku berkata ...Hatiku telah tercuri..aku jatuh cinta... bukan pada waktunya..menyakitkan...hanya bisa bercinta dengan kata-kata...bermesraan dengan setiap huruf yang kurangkai sesukaku...termenung disetiap kalimat… berteriak diruang gelisah, tak bersuara..aku menangis dibarisan kalimat tawa………. dan kini aku dan hatiku… bersandar di dinding senja… aku tertawa, sedangkan hatiku menangis..Ketika kutanya sama hati, dia hanya terdiam.. mungkin malam nanti… hatiku mau bercerita… tentang apa yang dirasa, siapa yang dicinta….mmmmm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...