hospital....???hurmm..harus ke? malasnyer....
Friday, January 6, 2012
Thursday, January 5, 2012
KERELEVENAN PENGGUNAAN DINAR EMAS DALAM SISTEM WANG SEMASA
1. Ada sahabat yang meminta saya mengulas tentang isu penggunaan dinar emas. Saya sebetulnya kurang mengikuti perkembangan isu ini. Saya juga bukanlah seorang yang pelajar yang cemerlang dalam subjek ekonomi. Namun, saya akan cuba mengupas isu ini serba sedikit mengikut ilmu ekonomi saya yang cetek ini.
2. Idea penggunaan dinar emas di negara kita sebenarnya dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 2003 untuk menggunakan dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC. Namun, pada masa itu, ideanya dipandang remeh dan tidak diterima pakai. (Kata guru Pengajian Am saya, beliau adalah seorang yang berpandangan jauh dan pemikirannya melangkau 20 tahun ke hadapan. Jadi, orang pada zamannya masih belum mampu untuk mencerap idea-ideanya. Setelah bertahun-tahun berlalu, barulah orang mula sedar bahawa ideanya boleh diguna pakai.)
3. Salah satu ciri nilai wang yang tertolak mengikut sistem wang semasa adalah “nilainya stabil.” Apabila emas digunakan sebagai mata wang, maka ciri ini dapat digunakan disebabkan nilainya yang stabil dan berkekalan sepanjang zaman. Contoh mudah, emas pada ratusan tahun dahulu, nilainya masih kekal sehingga ke hari ini. Secara tidak langsung dapat mensifarkan kadar inflasi yang boleh menyebabkan pembangunan ekonomi negara merosot.
4. Apabila emas digunakan sebagai sistem mata wang, secara tidak langsung akan dapat mengelakkan daripada berlaku penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam ilmu ekonomi semasa, salah satu ciri-ciri wang iaitu “sukar ditiru” tidak diguna pakai disebabkan sistem wang semasa yang memudahkannya untuk ditiru. Namun, apabila emas diterima umum sebagai mata wang, ia tidak lagi dapat dimanipulasikan oleh mana-mana pihak disebabkan sifatnya yang memiliki ketulenan asli daripada perut bumi. Penjelasan tentang atom-atom emas memerlukan pengkhususan dalam ilmu kimia.
5. Penggunaan wang kertas itu sendiri disandarkan kepada nilai emas. Jadi, apabila emas sudah digunakan sebagai mata wang, nilainya tidak perlu lagi dirujuk.
6. Salah satu ciri-ciri wang adalah diterima umum. Bandingan yang nyata: Emas diterima oleh seluruh masyarakat dunia. Manakala wang kertas hanya diiktiraf oleh negara-negara tertentu yang menggunakannya.
7. Saya amat bersetuju sekiranya dinar emas digunakan sebagai mata wang semasa menggantikan wang kertas yang lebih banyak kelemahan dalam penggunaan dan penjagaan nilainya.
"Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)." -Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal-
p/s: di ambil dari http://amuziruidham.blogspot.com
Wednesday, January 4, 2012
Taubatku with lyric by Eren
p/s: da lame x dengar lagu ni...dulu pernah lagu ni jd lagu latarbelakang blog ku ni..rase2nyer ade ku tuliskan liriknya di awal2 post dulu.......huhu...hari ni...ku postkan video lagu ni.....liriknya yg meruntun jiwa...muhasabah diri dgn lagu ni...terkesan sgt....
Subscribe to:
Comments (Atom)


