Saturday, October 29, 2011

cintailah YANG MENCIPTA itu lebih dari yg dicipta kerana YANG MENCIPTA mencipta cinta supaya yg dicipta mencintai YANG MENCIPTA lebih dari yg dicipta......

Thursday, October 27, 2011

Di dalam sendu yang teramat
Ku lihat senja yang berlabuh
Dan malam yang melepas layar
Kaku aku di sini
Bersama harapan terbakar

Siapa di antara kita
Yang dulu memula sengketa
Pastinya diriku bagimu
Yang engkau anggap punca
Biarpun ketara engkau Yang mula...

Bukan sekali kau suarakan
Kebimbangan pada cintaku
Kau tak mampu
Bersendirian tanpaku
Itu semua lembut lidah
Manis madah penuh helah
Yang pastinya...
Aku adalah sandaran...
Bagai hilang semangat diri
Keyakinanku...terlebur kini

Sesungguhnya kau ku sanjung tinggi
Bererti hanya kau di hati
Sayangnya kejernihan cinta
Yang mencermin setia
Kau keruhkan warnanya...
Kau keruhkan warnanya..



p/s: hurmmmmm.....,adesss....sedih lgu ni...hihihi...papepon....layannnzzzz

Sunday, October 23, 2011

Samudera - Bila Diburu Kenangan


p/s: setelah sekian lame x mendengar lagu ni....dan secara tetibe adekku menyanyikan lagu ni...terase seperti..aku pernah mendengar lagu ni....tp di mana ya???hhhahaha...papepon..layan...

Wednesday, October 19, 2011


 ingin menyepi,.... tapi bukan menyendiri..
                                                   ingin berbicara, tapi tiada kata-kata.....
                                               ingin pergi ,...... tapi ke mana arah di tujui....
.                                              ingin berlari, tapi kaki tetap kaku berdiri....!!!!!

Sunday, October 16, 2011

lakaran simfoni rahsia alam..

Disini tautan kata menerokai jiwa
dari alunan warna - warna pelangi
ku lukiskan dalam rahsia
ku jadikan sebingkai mimpiku
di atas mega mega
dengan pena satu warna
ku lakarkan perjalanan cerita

saat ku mulai merasa lelah
aku bersimpuh
titiss airmata terjatuh
pertanda hati yang kian rapuh
gelora apa yang membadai
di jiwa hingga tertunduk hiba
tentang perjalanan kisah

kuhamparkan segala keresahanku
butir embun basahi tebing jiwa
simfoni alam umpama berguguran
beratapkan langit ungu ku bersenandung
ada kala tenang ada kala gemuruh

keelokan lukisan kehidupan
ada ketika putih
ada ketika hitam
perjalanan cerita dunia hingga penghujung
ada ketika ketawa menangis
ada benci ada rindu
ke indahan batin yang terlukis
dalam relunghati menangis
pasrahku kepada Allah
tersujud pilu...



p/s:...rumit utk menzahirkn ....

Friday, October 14, 2011

5 waktu azab Allah....

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
“Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya,

“Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

6 seksa di dunia
1) Allah mengurangkan berkat umurnya
2) Allah memanyahkan rezekinya
3) Allah hilangkan tanda/cahaya soleh dari wajahnya
4) Tidak akan mendapat tempat dalam islam
5) Tidak mendapat pahala atas amal kebajikannya di dunia
6) Allah tidak akan menerima doanya

3 seksa hadapi maut
1) Mati dalam keadaan amat dahaga
2) Mati dalam keadaan lapar
3) Mati dalam keadaaan hina

3 seksa di dalam kubur
1) Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempit kubur
2) Allah akan menggelapkan kuburnya dengan segelap-gelap kubur
3) Allah akan seksa hingga hari kiamat

3 seksa dipadang mahsyar
1) Pada hari kiamat akan dibelengu oleh malaikat
2) Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan ehsan
3) Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa orang yang meninggalkan sembahyang

4) Allah akan memasukkan mereka yang meninggalkan sembahyang kedalam neraka dengan azab seksaan yang pedih lagi keras

Dosa meninggalkan solat subuh
Akan dimasukkan kedalam neraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60000 tahun dunia

Dosa meninggalkan solat zohor
Sekali meninggalkannya,dosanya seperti membunuh 1000 umat islam

Dosa meninggalkan solat asar
Sekali meninggalkannya,seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah di Masjidil Haram)

Dosa meninggalkan solat maghrib
Sekali meninggalkannya seperti berzina dengan ibu sendiri

Dosa meninggalkan solat isyak
Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta Allah tidak reda makan dan minuman yang ada dibumi dan langit.

Ampunilah kami Ya Allah..



p/s: di share dr jannati baiti...

penghujung cintaku - Pasha ft Adelia

bait2 kata yg huhuhu...cam best..hihihi...

Tuesday, October 11, 2011

ingin menjadi wanita solehah


Islam,agama yang murni dan suci, 
aku menuntut diriku agar menjadi wanita solehah,
 namun aku tidak sehebat KHADIJAH yang begitu SEMPURNA, 
aku juga tidak SETABAH RABIATUL ADAWIYAH yang begitu SETIA DALAM SENGSARA,..
 benteng keimanan yang ku bina juga tidak la SEKUAT SARAH
         apatah lagi KECANTIKAN ku yang tidak dapat dibandingkan dengan BALQIS...
                                  serta kasih yang ku curah tidak la SETULUS ZULAIKHA.... 
                                                             Tetapi, jauh di sudut hati ini, 
  meronta agar sentiasa ada iman menyuluh perjalanan hamba menjadi wanita solehah... 
                                                  InsyaAllah, berkat restuMu

Monday, October 10, 2011

11 org yg didoakn malaikat..huhu


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. 


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. 
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. 
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. 
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

EdCoustic - Berubah

Kata-kata yang penuh hikmah..."Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum"...Indah sekali kata-kata ini, malangnya ia mudah untuk diungkapkan tetapi sukar untuk berhadapan. Inilah realiti. Sekiranya cinta anda itu lahir dari hati yang jujur dan ikhlas, sudah tentu hal ini tampak begitu mudah sekali. Ketahuilah cinta yang jujur dan ikhlas itu tidak lahir melainkan dari hati yang jernih dengan iman...

Saban hari mengharapkan pengungakapan cinta dari seseorang yang kita cintai, tetapi...sehingga kini ia masih mendiamkan diri...hanya sabar menjadi pendinding kepada hati si pencinta. Setiap hari kita bertanyakan khabarnya, bergurau dengannya, menyelesaikan masalahnya...tetapi...si dia masih mendiamkan diri. Mungkin, si dia merasakan bahawa perkara itu bukanlah bukti bahawa si pencinta mencintainya...atau...mungkin si pencinta itu hanya sekadar 'syok sendiri'...hmmm, benar. Inilah yang sebenarnya. Mengapa tidak? Lihatlah bagaimana dia melayanimu...adakah dengan penuh keceriaan? atau...dia hanya terpaksa?...Ya. Terpaksa melayanimu atas dasar 'menjaga hati'...atas dasar 'persahabatan'...Wahai si pencinta, tidakkah kau melihat bagaimana dia berhadapan denganmu? Adakah diiringi dengan senyuman? Bagaimana pula ketika kau menghubunginya...adakah dia menjawabnya dengan penuh kegembiraan dan sangat mengalu-alukan?...mungkin, kau merasakan dia gembira melayanimu, tetapi...ternyata dia hanya bosan mendengar suaramu...tetapi, mengapa pula dia tidak menghentikan sahaja perbualan itu?...'menjaga hati'mu wahai si pencinta...itu sahaja jawapannya...



Tidakkah kau perasan wahai si pencinta akan tanda-tanda si dia tidak menginginkanmu?...TAHU! ya, sudah tentu kau tahu wahai si pencinta...tetapi mengapa kau masih mengharapkannya? kerana kau bukanlah seorang yang mudah mengalah...bahkan kau masih mampu bersangka baik dengannya, sekalipun ianya jelas ingin menjauhimu, alangkah indahnya jika sikap si pencinta ini dimiliki semua orang... 


Agama bukanlah sesuatu yang jauh dan janggal buat dirimu wahai si pencinta...kau amat mencintainya. Tidak kira sesiapa sahaja, di mana sahaja...kau pasti tidak akan jemu dari mengatakan sesuatu tentang agamamu...kau bangga dengannya...tetapi, kau sangkakan bahawa si dia yang kau cintai juga turut menyukai hal yang sama...kau sangkakan bahawa si dia yang kau cintai juga turut gemar mendengar pendapatmu tentang agamamu...ternyata itu semua hanya lebih menjauhkanmu dari si dia. Mengapa?. Adakah si dia itu tidak menyukai agama? Oh tidak!...ketahuilah bahawa si dia bukanlah tidak menyukai dari mendengar tentang agama ini...tetapi, si dia tidak menyukai sekiranya yang mengatakannya datang dari mulutmu...Ya!, wahai si pencinta, benar sekali...si dia tidak menyukainya. Kerana...si dia melihat diri kau adalah seseorang yang 'taksub'. Seseorang yang 'keras' di dalam peganganmu...sehinggalah dia meluahkan kepadamu, ketika itulah baru dirimu merasakan sesuatu yang...sedih...hampa. Adakah kau membalasnya? Tidak...tidak sama sekali, bahkan kau mampu mengawal perasaanmu dan dengan penuh merendah hatinya, kau menerima segala kritikannya...oh, indahnya dirimu wahai si pencinta...






"Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum"...Sampailah masanya wahai si pencinta...terimalah hakikat ini! terimalah penerimaan ini! Mungkin ianya pahit untukmu, tetapi demi dirimu yang mulia, telanlah ia sebagai ubat hatimu yang terluka...kau mencintainya, tetapi si dia tidak mencintaimu...mengapa kau marah? kau sangkakan benar dia mencintaimu?!...Ya! Kerana di masa itu dia meluahkan padamu... Benarkah? Apa yang diluahkannya?....dia menerimu?...dia mencintaimu?...dia ingin bersamamu?................................tidak.....dia hanya meluahkan padamu bahawa cintanya milik orang lain.

Menangislah wahai si pencinta, menangislah untuk kebahagian si dia....kemudian, senyumlah wahai si pencinta untuk membantunya...bantunya supaya si dia dapat bersatu dengan orang yang dicintainya...janganlah kau tampakkan kesedihanmu kepada si dia...janganlah dirimu membuatkan si dia bersedih hati...sebaliknya teruslah tersenyum, teruslah mendoakannya dan pergilah kepada orang yang si dia cintai, supaya kau dapat memberitakan khabar gembira ini kepadanya, kerana dia tidak mengetahui bahawa orang yang kau cintai itu sebenarnya mencintainya...bantulah...bantulah...kerana itulah bukti cintamu yang ikhlas dan jujur....Selepas mereka bersatu, apa lagi tugasmu wahai si pencinta?...

tiada lagi...

undurkanlah dirimu darinya..kerana...

telah datangnya keputusan Allah...




_p/s:Oleh: Abu Muawiyah, [www.muawiyah90.blogspot.com]

Sunday, October 9, 2011

Hijau Daun - Aku Dan Air Mata

g

p/s: disbbkan mls nk tgk link kt post dulu2...hihi....kite repost balik yer....layannnn....lme x dgr lgu ni...

Saturday, October 1, 2011

6 hari da...

duhai mata ku..mengapa sukar utk kamu melelapkan dirimu....
masuk pg td da 6 ari x tido....sglanya telah kucuba utk menidurkan diri,,
namun tetap begitu....duhai mataku...moga hari ini kau bisa melelapkan dirimu..
awk x kesian kan sy ke?huhu,,,klu x tido jugak ri ni mksudnya da sminggu la sy x tido....
Ya Allah..permudahkanlah urusanku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...