Sunday, June 26, 2011

saat Allah mencintai seseorang..

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. 
                    Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka

 kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih.
                                                Hati kita seeloknya selalu berbisik:
                  “Aku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku.”..



Ya Allah..
                                        Penuhilah hati ini dengan Nur Mu yang tiada pernah pudar
Lapangkanlah dada ku dengan limpahan keimanan kepada Mu
Cantumkan kembali Nur Kasih Mu yg kian menjauh
Tak sanggup ku ke hilangan Nur Mu itu
Kerna itulah anugerah seindahnya didalam idup ku
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin....

mayang sari

Jika kasih itu telah hilang
luahkan saja apa sebenarnya
jangan berdiam seribu bahasa
ada hati yang sedang merana
terluka derita tanpa sebarang suara
walau perit digagahi jua

andai luahan itu melukakan
ingatlah penantian itu lebih menyiksakan
mungkin ini satu dugaan
pada sebuah perhubungan yang tidak disengajakan

jangan biarkan hati itu merana
kelak luka lama berdarah semula
walau hati itu tahu akan jawapannya
luahkan saja biar terhurai segala

hati tidak setabah mana
namun segalanya terpaksa diterima
mungkin itu suratan hidupnya
redha atas segala ketentuan dariNYA...

p/s:terima kasih sahabt (mayang sari) :)

Tuesday, June 21, 2011

mc~~~

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihati melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiapkan bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lamanya disudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu selamanya

p/s:disebalik bisikan nurani yg tersirat....sekadar  hanya dlm diam...Ya Allah Engkaulah yg maha mengetahui akan segala yg terbuku dihati.....kuatkanlah hatiku Ya Allah...

Sunday, June 19, 2011

saya tembamnyerrr...

huhuhu..assalamualaikum....hihihi...
tgk tajuk pon da tau kan..
gamba besar tu..gamba saya ngan cik syafiqah..yg ske wat peace....hihi
ketika kami di teluk cempedak..hihihi..

bile tgk kan..alamak...muke ku da makin tembam...hihihihi...nmpak sangat semester 6 merupakan semester utk menjadi lebih sihat..ahhahhaha......x tau lah..cume yg ku perasan..ku makin kuat makan lepas operate aritu..huhuhu....

tu gamba sebulan lebih yg lepas...dan sekarang..makin btambah tembam la..hahha..da keje duk umh masak makan tido..huhuhu...syok gilerrrr kan....papepon...yg pentimng kesihatan kne jage..pesanan utk semua...
waktu mkn semua ...kne jagelah...time makan..makan k..xmo..skip2 makan mcm saya..t gastrik dtg..pergh...sakit sampai terguling2...bile pola pemakanan x ikut waktunya...x ikut nutrient2 n zat besinya..tu yg susah...erk..ada betol ka sy ckp..papelah...janji jaga kesihatan anda yer....!!!pesanan penaja x berbayar...hihi...

Thursday, June 16, 2011

sape yg topupkan sy!!!!

satu persoalan yg kini kian rancak bemain di bnak fikiranku...
kali ni da masuk 2 kali aku di topupkan...
masalahnya...ku x tau sape yg topupkan...
pada awal sangkaanku mestilah ayh atau ibu..
tp bile tanye..bukan diorg yg topupkan...
bile tanye adik n kwn2 pon bukan diorg...mane la tau kan..hihi

bukan pe rase x sedap...lain la klu ku tau ssap[e yg topupkan..
ni sapelah yg baik hati sgt...
. tp mcm kita Islam kna guna dan makan dri sumber yang halal..kannnnnnnn  sekarang ni ku dlm 2 sbb maybe ada yang betul2 ikhlas nk bg kt aku  topup tu atau  maybe yg salah no.
hurm camne ni..nk tanye..pd org yg leh tanye smua x on9 time ku on9.. ...
xpe2 insyaallah t leh tanye...

papepon trima ksih la..moga anda dimurahkan rezeki...

Wednesday, June 15, 2011

nukilan sejenak

 hidup seperti pohon kayu yg lebat buahnya,
tumbuh di tepi jalan.
dilempar orang dgn batu,
tetapi di balas dgn buah.
tidak ada ertinya hidup yang bercampur dengan putus harap..
dan.
tidak ada erti putus harap di dalam tikungan hidup.
kehidupan ini ada 2 kesudahan,
sama ada berjaya mdapatkan apa yg diidamkan atau tidak brjaya mencapai cita2.

hidup umpama setitis embun.
tibanya sebentar..kemudian hilang.
tiba lagi..dan hilang lagi.
kehidupan adalah satu giliran...
antara senyum dan ratap..
air mata ibarat garam kehidupan...
lupakan segala duka yg berlaku
dan
bangunkanlah hidup baru
   serta
jgn lagi mhampiri daerah luka 
yg memungkinkan manusia jatuh sekali lagi
hidup ini umpama pengantian hujan dan pana
suka dan duka...senang dan susah...


p/s: ape2pon...Islam ada myatakan bhw pjalanan dlm hidup ini ,bagaimana baik maksud dan tujuannya sekalipun..jika Allah tidak mengizinkan,tidak mungkin ia akan tercapai.............~~hurm..

Monday, June 13, 2011

lirik Stanza Cinta

Berderai mata hatiku
Mendera semua harapan
Selaksa cintaku padanya
ikatan suci romantika naungan-Mu

...Meski sejuta cinta menyapa
Masih cenderung ku padanya
Tuhan, satukan hati kami
Di bawah cinta alirkan bahagia di Redho-Mu

Kutidurkan mimpi indah ini
Pada-Mu yang menggenggam takdir
Kusandarkan harapanku ini…
Padamu Ya Ilahi…

Kan kusimpan dalam rongga hati
Stanza Cinta........
 
p/s: lirik lagu stanza cinta...ditulis sendiri oleh penulis novel tersebut...

Sunday, June 12, 2011

Stanza Cinta

"Kita tidak pernah memiliki suatu
apapun didunia ini..hatta jiwa dan nyawa kita sendri, tidak mampu kita
kawal dan atur"- Keluarga, emak, ayah, sahabat, suami, anak-anak..atau
semua insan yg kita cin...tai..tetap
akan pergi jua kpd pemilikNya. Bersedialah untuk ditinggalkan, atau
...meninggalkan.. KEHILANGAN mmg menyakitkan..namun jika kita tahu bahawa
kita hanyalah MEMINJAM..kita akan redha dan mula belajar melepaskan."
p/s: novel stanza cinta ni ...try la bce..memang best...sbnarnya "stanza" bermaksud puisi2 atau bait2..
      so, stanza cinta..ertinya bait2 cinta..huhu...x sabar rasenyer nk tgk drama STANZA CINTA yg             diadaptasi dr novel ni..di TV3..huhu..  

Dialah jodohku..

Untuk memilih teman hidup, lelaki mesti memilih wanita yang cantik, bergaya dan boleh dibawa ke sana sini. Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa memuji akan kecantikan pasangannya.
Antara pujian itu:
"Pandai kamu memilihnya, kalaulah aku dapat, aku tak akan lepaskannya."
"Pewittt, hebatnya kamu, cantik... cantik... cantik."


Mesti kamu akan berbangga jika menerima pujian sebegitu.
Pasangannya boleh di bawa kemana-mana sahaja, setiap hari keluar dating. tak kira siang malam, yang penting bahagia. Setiap hari ada saja temujanji. Setiap hari keluar berdua, tanpa jemu-jemu. Bahagiakah namanya itu?? jika setiap hari keluar dating. Itulah lumrah pasangan berkasih, lupa segala syariat dan hukum Allah SWT.

"Yang penting happy, hidup kan hanya sekali"
Tahu pula hidup hanya sekali, kenapa tak banyakkan amal ibadat, supaya di sana nanti lebih bahagia, tidak ada masalah yang menimpa, tidak payah fikir apa pun.
Kalaulah pasangan yang dipilihnya tak cantik, tak bergaya biarpun pasangannya seorang muslimah sejati, orang tentu akan mengejinya. Mesti dia terseksa, walaupun dia menyedari itulah pilihan yang terbaik dan menjamin syurga buatnya.
Antara kejian itu:
"Tak de orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan, leceh la"
"Hahahaha, sakit perut aku, lawak, lawak... ketinggalan zaman la bro"
Mesti sakit hatikan jika menerima kejian sebegitu?
Pasangan sebegini lebih mementingkan ukhrawi daripada duniawi, dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua, kerana dia takutkan azab Allah SWT dan dia tidak mahu hanyut oleh godaan iblis syaitan laknatullah.
Tentu bosankan mendapat pasangan yang sebegini, sentiasa menolak ajakan kita untuk keluar berdua.
Tentu kita bersungutkan, kalau ajakan kita tak dapat dipenuhinya.
Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, walaupun dia tak cantik pada rupa paras, tapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti. Ilmu agamanya penuh didada dan menjadi benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan.
Untuk memilih teman hidup, wanita mestilah memilih lelaki yang handsome, bergaya dan kaya. Dalam hati mesti lebih berbangga memiliki pasangan yang handsome, bergaya dan kaya. Bahagia sangat-sangat, terasa dunia ini milik berdua. Apatah lagi jika orang di sekeliling sentiasa memuji.
Antara pujian itu:
"Hebatnya kamu, dah la handsome, bergaya... loaded lagi"
"Kalaulah aku dapat, bahagianya hidup".
Dalam hati tak terkata , betapa bangganya memiliki pasangan sebegitu. Tidur malam tak lena, sentiasa terbayangkan wajah kekasih. Bahagia sangat-sangat sebab pilihannya menepati cita rasa. Sanggup bersengkang mata hingga larut malam semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangan. Sekarang ini zaman serba maju, ada facebook, handphone, semuanya hanya dihujung jari, semuanya boleh jadi. Siang keluar dating, malam pun keluar dating, bila tiba larut malam sambung lagi dengan sms, call dan berchatting di facebook sehingga jam 3-4 pagi. Tak jemukah berbuat begitu? Tentu tidakkan? Bila diri di lamun cinta, tak jemu-jemu meluahkan rasa rindu.
Kalaulah pasangan yang dipilihnya tak handsome, tak bergaya dan tak kaya, walaupun pasangannya seorang muslimin sejati, tentu malukan?. Ya la, pasangan orang lain semuanya handsome, bergaya dan kaya, sedangkan pasangan kita, huhuhu. Pasangan kita mementingkan ukhrawi dari duniawi. Tak suka keluar dating kerana takutkan Allah SWT. Tentu bosankan?, asyik terperap saje. Mula nak bersungut dan menyesal kerana tersalah memilih, tak sesuai langsung dengan cita rasa kita yang gemarkan bersosial.
Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, mungkin Allah SWT dah tetapkan untuk kita,supaya kita tak terus hanyut dengan godaan iblis syaitan. Allah SWT nak bagi untuk kita yang terbaik, jadi kita harus menerimanya dengan hati yang lapang dan bersyukur sebab kita tak terjerumus dalam kancah kemungkaran dan kemaksiatan yang menghampiri kepada azabnya api neraka. Di dunia kita tak merasai azab Allah SWT, sebab tu la kita masih menghampiri maksiat, yang ada dalam fikiran kita hanyalah keseronokkan saje. Kalaulah Allah SWT turunkan azabnya semasa kita berseronok dengan nikmat dunia, apakah yang terjadi kepada kita? Sama-samalah kita bermuhasabah diri.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Terbaik dari segala hal....
Duniawi mahupun ukhrawi...
Kelak dirimu bahagia
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik.....
Soleh dan solehah.....
Mukminin dan mukminat....
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat....
Bahagia dunia dan akhirat.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik.....
Baginya dunia hanya sementara...
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi....
Untuk menuju ke syurga Allah.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Al-Quran jadi panduan hidup...
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan....
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat....

Wallahu'alam............



 p/s: thanks to iluv islam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...