Sekali lagi lirik lagu Jamal Abdillah tergiang-giang dipendengaranku. Dalam diam sorotan mata ini kembali menatap pc..(komputer office je pun..time rehat k..)..apa lagi yang ingin aku coretkan..hmmmm....
"malam menjadi siang , siang menjadi malam"..wahai kepala sila fikir mahu dikaitkan dengan apa ayat ini....(hahhaha..mereng sebentar)..siang, malam, kembali siang! Bumi ini terus berputar yang memang sudah menjadi fitrahnya mengelilingi orbit;tetap patuh pada Sang Pencipta.
Betapa aku dalam sedar namun masih terleka. Begitu masa pantas berlalu..kadang tanpa aku sedari yang lalu itu memang tidak dapat di putarkan kembali,.(opss..jgn tetiba menyanyi " andai dapat kuundurkan putaran dunia".~~~hahha gurau je). Sekali lagi masa itu berlalu dengan pantas..ironinya masaku juga pantas semakin hampir ke penghujungnya. Semakin ia mengejar, semakin dekat ajalku..aku tahu fakta ini namun tetap aja aku terleka.
Apakah aku sedia? sedang aku masih mencari erti 'cahaya". Masih aku meraba dalam kesamaran dan kekelaman sinar yang menerpa. Apakah aku sedia? sedangkan hasil tuaian yang ku semai untuk menjadi bekalan sering dan selalu rosak;musnah segala. Allah aku sedar betapa jahilnya aku, sombongnya aku dalam mencari ilmuMu. Betapa tidak aku bersyukur dengan pemberianMu. Nikmat apa lagi yang harus aku dustakan..! Sedang segala apa yang berlaku itu atas kehendakMu yang punya 1001 hikmah bahkan tidak terkira. Iman ini ada pasang surutnya. Acapkali aku tersungkur setelah ku berjanji denganMu dalam sujudku..Pendusta..munafiknya aku!!
Allah sungguh aku rindu aku yang dulu. Yang masih mencari ilmuMu walau sesibuk mana aku..yang masih punya waktu denganMu walau hanya sebentar. Aku rindu semuanya yang terdahulu....tiada lagi usrah yang sering memberikanku ilmu yang juga mengajar aku untuk bersilaturrahim sesama ummah. Kini aku jauh..terkapai-kapai kelemasan, jauh terlempar dariMu. Rohaniku kosong tiada ilmu..hatiku rosak lantaran mengikut nafsu. Terlekanya aku dengan duniawi yang menjadi khayalku hingga aku lupa fitrah insani sebagai hambaMu. Allah ampunilah aku....
There's no "ME" inside "ME"..!
Mencari kembali jiwa yang telah pergi!
Moga dipermudahkan langkahku dalm menuju redhaMu...
p/s: aku hanya insan biasa....
Thursday, June 1, 2017
AKU TANPA AKU
Aku tanpa aku
aku yang menghilang
aku yang pergi
aku yang lenyap terus senyap
aku yang terpuruk rasa
aku yang terpenjara
aku yang meranaaku yang ingin mengorak langkah namun terhenti
aku yang ingin bangkit namun sering tersungkur sendiri
aku yang dulu tiada lagi..hanya kini
aku yang tiada rasa
aku yang tiada jiwa....

p/s: ape yang ku merepek ni..hahha..hampeh
x
Tuesday, August 4, 2015
Aku bermonolog di kala sunyi...huhuhu hurm...
Saat jari ini menekan papan kekunci ,aku dirundung pelbagai perasaan yang kian bermukim di hati.Aksara demi aksara ditaip lalu membentuk perkataan demi perkataan seterusnya melahirkan bait-bait kata yang ingin ku kisahkan menjadi pameran tatapan.
Harus dari mana aku mulakan. Hurm..Ya Allah ku sedar ,aku sedang meniti detik kedewasaanku, umurku kian meninggi dan waktuku makin menghampiri. Ya Tuhan, aku sedar bekalanku hanya secebis . Ladang yang ku tuai hasilnya sedikit cuma. Tiada dapat ku gambarkan betapa sedih dan pilunya melihatkan kerosakkan yang sering melanda ladang tuaianku. Aku cuba sedaya upayaku membasmi segala penyakit yang memungkinkan hasil tuaianku rosak. Namun semakin aku berjaga-jaga semakin berat kurasakan tugasku dalam menjaganya. Terkadang dengan hanya sedikit kecuaian, hasil tuaian ku musnah semuanya.
Ku menatap di ruangan jendela, bersendirian ..mataku melihat bintang-bintang yang bergemerlapan di ruangan angkasa..Subhanallah ...indah sungguh ciptaanMU. Rasa sayu terbit di hati mengenangkan hakikatnya diri.
Aku yang sedang menzalimi diriku, bahkan aku sendiri masih tidak dapat mengenali diriku yang sebenarnya.
Aku sedar manusia itu sebaik-baik kejadian yang telah Allah ciptakan. Seperti yang telah tertulis di dalam Al-Quran :
Namun mengapa aku dan mereka masih berada di takuk yang lama. Menunggu masa yang lama untuk tetap berjalan di jalanNYA. Masih membiarkan diri terkapai-kapai kelemasan dengan hidangan duniawi yang penuh kebisaan. Masih lalai dan leka dalam perjalanan. Rencah kehidupan yang pelbagai rasa mengasyikkan lagi diri yang kian alpa dan hanyut di bawa arus duniawi.
Ya Allah...berikanlah kepada kami taufiq dan hidayahMU. Hiasilah kami dengan nur kasihMU. Siramilah hati kami dengan kasih dan sayangMU dan bajailah hati kami sehingga terbentuknya bunga-bunga cinta padaMU.
Memang benar hidayah itu milikNYA..namun kita juga perlu mencari hidayah tersebut. Kita perlu berusaha sentiasa untuk menggapai keredhaanNYA. Dalam kaki melangkah terkadang kita kan tersungkur dari landasan yang sebenar. Terkadang kita terpaksa tempuhi dugaan ranjau yang penuh dengan onak dan duri. Terkadang terduduk meratap nasib diri ..... hiba.!
Namun kita terlupa , Allah itu maha penyayang..dugaan yang diberikanNYA kepada kita adalah untuk menguji keimanan kita kepadaNYA. Kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan hanya untuk menguji kesabaran dan kekuatan bahkan menjadikan kita lebih kuat dalam mengharungi kehidupan serta dewasa dan matang dalam menyelesaikan masalah.Terduduk kita meratapi keadaan diri, sebaiknya kita kembali ke pangkuan pemilik nyawa kita. Terkadang kita terlalu jauh dariNYA...Allah menarik kembali diri hambaNYA dengan dugaan yang diberikan. Kerana memang adat manusia , bila ditimpa musibah barumemohon pertolongan serta mengingati kepada tuhan mereka. Saat itu barulah mereka sedar akan kewujudan Yang Maha Esa.
Allah itu maha pengasih. maha penyayang kerana DIA tidak akan menguji hamba-hambaNYA lebih dari apa yang hambaNYA mampu. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
p/s: pengisian seperti ada yang kosong...perlu ditambah...mungkin ada yang tidak kena di sana sini...maaf kalau ada kekurangan di dalam penulisan. Terlalu lama meninggalkan "dunia penulisan" sedangkan ku "masih hijau di dalamnya" dan membuatkan ku lupa tentang bagaimana untuk menulis.

Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4;
yang bermaksud "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
Ibnu Khatir telah menjelaskan ayat ini dengan berkata" Allah SWT telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk kejadian, ketinggian dan keindahannya.
Namun mengapa aku dan mereka masih berada di takuk yang lama. Menunggu masa yang lama untuk tetap berjalan di jalanNYA. Masih membiarkan diri terkapai-kapai kelemasan dengan hidangan duniawi yang penuh kebisaan. Masih lalai dan leka dalam perjalanan. Rencah kehidupan yang pelbagai rasa mengasyikkan lagi diri yang kian alpa dan hanyut di bawa arus duniawi.
Ya Allah...berikanlah kepada kami taufiq dan hidayahMU. Hiasilah kami dengan nur kasihMU. Siramilah hati kami dengan kasih dan sayangMU dan bajailah hati kami sehingga terbentuknya bunga-bunga cinta padaMU.
Memang benar hidayah itu milikNYA..namun kita juga perlu mencari hidayah tersebut. Kita perlu berusaha sentiasa untuk menggapai keredhaanNYA. Dalam kaki melangkah terkadang kita kan tersungkur dari landasan yang sebenar. Terkadang kita terpaksa tempuhi dugaan ranjau yang penuh dengan onak dan duri. Terkadang terduduk meratap nasib diri ..... hiba.!
Namun kita terlupa , Allah itu maha penyayang..dugaan yang diberikanNYA kepada kita adalah untuk menguji keimanan kita kepadaNYA. Kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan hanya untuk menguji kesabaran dan kekuatan bahkan menjadikan kita lebih kuat dalam mengharungi kehidupan serta dewasa dan matang dalam menyelesaikan masalah.Terduduk kita meratapi keadaan diri, sebaiknya kita kembali ke pangkuan pemilik nyawa kita. Terkadang kita terlalu jauh dariNYA...Allah menarik kembali diri hambaNYA dengan dugaan yang diberikan. Kerana memang adat manusia , bila ditimpa musibah barumemohon pertolongan serta mengingati kepada tuhan mereka. Saat itu barulah mereka sedar akan kewujudan Yang Maha Esa.
Allah itu maha pengasih. maha penyayang kerana DIA tidak akan menguji hamba-hambaNYA lebih dari apa yang hambaNYA mampu. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
p/s: pengisian seperti ada yang kosong...perlu ditambah...mungkin ada yang tidak kena di sana sini...maaf kalau ada kekurangan di dalam penulisan. Terlalu lama meninggalkan "dunia penulisan" sedangkan ku "masih hijau di dalamnya" dan membuatkan ku lupa tentang bagaimana untuk menulis.
Sunday, April 12, 2015
Aku kembali menatap diari yang sudah lama tidak terusik. Terlalu banyak kisah yang telah aku coretkan di dalamnya. Pelbagai cerita yang telah ku titipkan di atas helaian-helaian kertas itu. Ibarat warna-warna yang yang terlakar di atas kanvas. Diari ini ibarat hati kedua ku. Segala yang terpamer dalam lukisan hati..kan ku segera mencapai pena untuk melempias rasa di sanubari.
Kali ini, hati teringin untuk kembali menulis di dalam diari ini. Jiwaku meronta untuk meletakkan rasa ini di dalamnya.Sudah sekian lama aku ingin meluahkan rasa. Namun jariku kaku..tanganku membeku,tidak berganjak dari tempatnya. Kini ,aku punya keyakinan untuk menulisnya dan berkongsi dengan diari kesayanganku ini. Akal mula mencari arah tujuan di mana ceritera harusku mulakan,jari mula memainkan peranan...tangkas membentuk abjad yang tersusun menjadi ayat.
" Harus bagaimana ingin ku katakan. Aku tidak pernah menjangka akan bertemu dengan insan sepertimu. Kau hulurkan salam ukhuwahmu dan aku menyambut salam itu dengan hati yang terbuka. Hati menjadi gembira kerana kenalan ku bertambah dan mungkin dari kenalan baru ini, kami boleh bertukar pendapat bagi menambah ilmu. Kenalan baruku ini seorang mempunyai ilmu dalam bidang agama. Alhamdulillah ,aku bersyukur padaMU Ya Allah kerana memberikan kepadaku seorang sahabat yang boleh menegurku jika ku melakukan kesalahan, seorang sahabat yang boleh menasihatiku yang tak jemu membimbingku ke jalanMU.
Aku tidak pernah lekang mengucapkan kata syukur padaNYA..kerana memberikan teman-teman dan rakan-rakan yang baik-baik kepadaku, yang sentiasa memahamiku,tingkah laku ku,perasaanku,teman yang punya rasa tanggungjawab untuk menegur kesalahanku,dan juga teman yang sentiasa mendorongku ke jalanMU Ya Allah.
Detik demi detik, masa kian berlalu..ku perasan dengan rasa yang hadir dalam diri. Sejak pertama kali dia menyapa, hatiku tidak seperti selalu. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Jujur aku katakan..sepertinya aku punya hati terhadap si dia. Namun aku sedar..aku hanya seorang perempuan yang masih punya rasa malu. Aku sedar akan diriku. Cukup hanya bagiku mencintaimu dalam diam. Tik tok tik tok....masa berjalan dengan pantasnya.
Bisikankan hati kecilku berkata ...Hatiku telah tercuri..aku jatuh cinta... bukan pada waktunya..menyakitkan...hanya bisa bercinta dengan kata-kata...bermesraan dengan setiap huruf yang kurangkai sesukaku...termenung disetiap kalimat… berteriak diruang gelisah, tak bersuara..aku menangis dibarisan kalimat tawa………. dan kini aku dan hatiku… bersandar di dinding senja… aku tertawa, sedangkan hatiku menangis..Ketika kutanya sama hati, dia hanya terdiam.. mungkin malam nanti… hatiku mau bercerita… tentang apa yang dirasa, siapa yang dicinta….mmmmm
Tuesday, March 4, 2014
Saleem - Benci Tapi Rindu
p/s: sedang kembali membaca buku yang penuh dengan hasil nukilan suatu ketika dahulu...phone mainkan lagu ni...termenung seketika...hurm...selalu bile shufflekan lagu x nak plak phone ni mainkan lagu ni...agak lame jugak x dengar lagu ni... fuhhhh...senyum x perlu kata apa-apa... :)
Wednesday, January 15, 2014
soal hati???
Sejak 2 menjak ni ramai sahabat yg telah mendirikan rumah tangga..wahhhh tahniah korg..hihi...
dan sejak 2 menjak ni jugak la atok eden tanyo kat eden : hang xda ka kwn special?( loghat lain la pulak..hihi..) Opssss...apa yang nak ku balas ni..hurmmm...special xde la tok....kwn2 kelas ade la...lagipon ceq mana la pandai nak "beramah mesra" ni....hhihihi...! atok: pi la cari sorg....
Then ade la pulak hamba Allah (budak N) ni tanye kat ku.." kak ema..awat la hang ni susah sgt nak bukak hati tu...?"
Eh..budak ni...awat la hang suka sgt tanye ceq soaln2 camtu....
Ceh dgn jujuqnya ku jwb...ntah...hati ni xleh nak paksa kejap bukak kejap tutup..leh lak on off on off..hihihi
(ayat skema jap)- saat akak mohon utk ditutupkan hati...tetibe Allah bukak kan hati akk.............bile akk mohon dibukakan hati utk org2...hati akk macam tertutup..hihihi... (budak tu : x paham la...cer citer..)
Ish dak ni...bile akk mohon ditutupkn hati maksudnya mase tu akk tgh belajar baru naik sem 3 (diploma), mase akk awl2 blaja dulu da niatla...akk nk blaja...akk bukn nyer pandai cam org lain kene usaha lebih...doa lah x mau cintan cintun dulu....mcm yg hang tau...akk ni susah nak terima org dlm hidup ni kan....tapi kuase Allah..akk kenal dgn seorg ni......akk suke dgr ayt2 nasihat die..(ntah mcm mane rase tu tetibe ade..tp x ckpla ngan die..) kwn je mcm biase...pnjg kisahnye akk pendekkan jelah...akk lebih pilih utk senyap n bersahabat...perasaan kat hati?...simpan dlm diari hati..cukup sekadar Allah yg tahu..nak lebih2?....dgn bersahabat pon da cukup gembira da...syukur sgt....(yg len x leh nk citer kt hang..biarlah rahsia..hihi)
btol la ckp org..klu kite ikhlas nak kwn ngan org..tnpa harapkan blsn...kite akan happy...hihi...btol akk x tipu..bile kite lihat die gembira..hati kita pon gembira...bile die sedih..kite pon rase sedih tu...
maksud bila akk mohon dibuka kan hati tapi hati tu tertutup lom terbukak balik..(hihi), ...sampai kwn degree akk ckp...budak tu nk kwn ngan ko...yg ko x layan nape... ni tgk sebelah mate pon xde? bukak2 la hati tu......jwpnnye...sbb belom mase lagi kot mmg tak tergerak hati pon nak kenal ngan org lain...(slh satu faktor mungkin niat hanya utk blaja tu je)....kawan: ke hati tu x berubah?...gulp...hurm camne nk jwb ni...akk pon jwb jelah...: kadang2 kite sendiri pon tak kan mengerti perasaan dlm hati walau lama mcm mane pon...(tu je yg akk jwb..jwpn cover tu..hihi)
budak N: so skang akk kawan lgi ke ngan die?mcm mne?...ishhh ku nk jwb pe ni...erm
kite kalau berkawan takan utk satu dua hari jer...bersahabat tu untuk selamanya.in shaa allah.. bukan sehari dua je..cume kdg2 akk nk tegur tp takut die busy..mane tau smbil2 tu die tgh study ke...xpelah lagipon apa yg die blaja tu perlukan kefokusan n pemahaman yg btol2...akk xnak akk melalaikan die je dgn ber mesej time fb , dr dulu smpai skang akk takut nak tegur hihi.....ni akk nak habaq mai dengan hang...x kisah la kwn kite tu jauh ke dekat ke masih bersahabat atau x..walau macam mane pon kite kene slalu doa kan shbt2 kite...mungkin ade selisih faham semua..tp diorg tetap pernah jadi kawan kite n kawan selamanya...(cewah jd motivator x bertauliah)..maafkan jugak..sbb bile kite mudah maafkan org in shaa allah org tu pon akn terbuka hati nak maafkan kite..hatipon tenang....jap lagi satu...ape2pon kite kne cube ikhlas dan redha dengan sesuatu perkara..in shaa allah...hati tenang menerima walau mcm mane keadaan pon...hihi..
eh da la g tido...mentang2 cuti sem leh lak nak tido lambat..akk ni lain citer..kdg2 mcm insomnia lak rase...
hurm...mcm2...
Ya Allah..kepadaMu kupohon kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi hari-hari yangmendatang..
moga Syukur dan Tabah setia menemaniku..moga Istiqamah tegas mengajarku.. moga kutidak lupa
padaMu..moga kutidak lupa pada kedua ibu bapaku..moga ku tidak lupa pada sahabat-sahabatku..
moga ku tidak lupa siapa aku..moga setiap langkahku mdapat petunjuk & redha-Mu
moga kusentiasa berjalan di atas jalan-Mu..
p/s: hidup ini indah jika segalanya kerana Allah...Ya Allah peganglah hatiku... jadikanlah diri ini mencintaiMU lebih dari cinta yg lain...( tetap tersenyum walau bagaimana jua hakikat keadaannya)
Friday, December 27, 2013
ptg tadi xtau nak wat ape....last2 tgk balik cerita Dalam Mihrab Cinta...hihi...ni je yg ade...
tgk punye tgk tetibe tersuke pulak kat lagu ni :
tgk punye tgk tetibe tersuke pulak kat lagu ni :
Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara
Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara
Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara
Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara
Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara
p/s: best tgk citer ni...xtau la yg keberapa kali ku tgk..hihi..layanzz
Subscribe to:
Comments (Atom)